Program Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai SKIM HIJRAH SELANGOR merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.  Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi HIJRAH SELANGOR memberikan pembiayaan mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

Visi :

Peneraju mikrokredit yang unggul di negeri Selangor

Misi :

  • Menyediakan kemudahan pembiayaan yang berterusan kepada usahawan
  • Memperkasa & melestarikan ekonomi usahawan
  • Melahirkan warga kerja yang berintegriti & profesional
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti  dengan kemudahan terbaik & berterusan
  • Mendokong dasar pembangunan usahawan di Negeri Selangor