SYARAT KELAYAKAN GERAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor yang berbangsa India ataupun, telah bermastautin di Negeri Selangor minima 5 tahun.
  2. Permohonan di atas nama orang lain atau nama persatuan mahupun pertubuhan adalah tidak dibenarkan.
  3. Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai tahunan tidak melebihi RM300,000.00.
  4. Mempunyai tidak lebih dari lima (5) orang pekerja tetap.
  5. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sumber pendapatan utama bagi pemohon (bukan secara separuh masa).
  6. Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  7. Had umur pemohon adalah di antara 18 – 55 tahun.

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DI KEMUKAKAN BERSAMA PERMOHONAN

  1. Salinan kad pengenalan pemilik (Perniagaan Milikan Tunggal) atau rakan kongsi (Perniagaan Perkongsian).
  2. Salinan sijil Pendaftaran Perniagaan (Form D) atau Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9, 24, dan 49).
  3. Salinan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis / aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  4. Salinan lesen atau geran tanah atau salinan surat perjanjian penyewaan atau sebarang dokumen yang berkaitan dengan penyewaan tanah / premis pengeluaran (sekiranya menyewa).
  5. Penyata bank syarikat (tiga (3) bulan terkini).
  6. Gambar premis pengeluaran berukuran 3R (gambar di bahagian hadapan, kiri, kanan dan belakang).
  7. Gambar-gambar produk perniagaan dan peralatan sedia ada.
  8. Surat pengesahan suntikan TVT typhoid bagi perniagaan berasaskan makanan.
  9. Borang bantuan barangan. (Sila muat turun pautan di bawah)