PENGENALAN  SITHAM

SITHAM adalah satu Program Pembangunan Usahawan India Selangor ataupun dalam Bahasa Tamil “Selangor Inthiyar Thozhil Arvalar Maiyam”, yang bertujuan bagi menaiktaraf kehidupan dan ekonomi menerusi janaan pendapatan melalui kemahiran sendiri. Ianya juga melahirkan usahawan India yang berpengetahuan sifar kepada usahawan berkemahiran untuk menjadi usahawan mikro. Sebagai medium kepada masyarakat India yang berpotensi untuk meningkatkan daya saing melalui latihan usahawan.

Jawatankuasa Pemandu (JP) terdiri daripada Pengerusi Y.B Puan Hjh Rodziah binti Ismail, Y.B Tuan Ganabatirau A/L Veraman (EXCO Kerajaan Negeri Selangor), Y.B Tuan Gunaraj A/L George (Dun Sentosa), dan Y.B Tuan Rajiv A/L Rishyakaran (Dun Bukit Gasing).

Satu taklimat penerangan mengenai SITHAM telah di laksanakan di 12 PBT bagi mencari peserta dan mendapat maklum balas peserta melalui borang maklum balas yang diedarkan.

Program yang akan dilaksanakan oleh SITHAM terdiri daripada Latihan Pembangunan Usahawan, Kursus Kemahiran dan Pembuatan, GROW adalah program Bimbingan Perniagaan dan GERAN Bantuan Peralatan Perniagaan.

Latihan Pembangunan Usahawan memberi latihan asas kepada usahawan India untuk mempelajari teknik menambah jualan dan memahami keperluan terkini dalam perniagaan seperti Pengurusan Perniagaan, Online Marketing, Peluang Pinjaman, Permohonan Perlesenan dan Pendaftaran Syarikat.

Kursus Kemahiran dan Pembuatan adalah kursus jangka masa pendek, memberi latihan secara one-off kepada peserta yang tidak mempunyai sebarang kemahiran perniagaan dan pembuatan contoh gubahan jambangan bunga, masakan kuih tradisional, ukiran henna dan sebagainya.

Program GROW adalah satu Program Bimbingan Perniagaan yang memberi latihan perniagaan berterusan selama minima 3 bulan, Pakej latihan kemahiran dan bantuan alatan ini akan di kendalikan oleh syarikat peneraju yang dilantik.

Program GERAN adalah bantuan peralatan kepada peniaga yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas. Nilai bantuan peralatan dengan had maksima sebanyak RM10,000.00 untuk setiap permohonan.