SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor yang berbangsa India ataupun, telah bermastautin di Negeri Selangor minima 5 tahun.
- Permohonan di atas nama orang lain atau nama persatuan mahupun pertubuhan adalah tidak dibenarkan.
- Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai tahunan tidak melebihi RM300,000.00.
- Mempunyai tidak lebih dari lima (5) orang pekerja tetap.
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sumber pendapatan utama bagi pemohon (bukan secara separuh masa).
- Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Had umur pemohon adalah di antara 18 – 55 tahun.
SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DI KEMUKAKAN BERSAMA PERMOHONAN
- Salinan kad pengenalan pemilik (Perniagaan Milikan Tunggal) atau rakan kongsi (Perniagaan Perkongsian).
- Salinan sijil Pendaftaran Perniagaan (Form D) atau Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9, 24, dan 49).
- Salinan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis / aktiviti perniagaan yang dijalankan.
- Salinan lesen atau geran tanah atau salinan surat perjanjian penyewaan atau sebarang dokumen yang berkaitan dengan penyewaan tanah / premis pengeluaran (sekiranya menyewa).
- Penyata bank syarikat (tiga (3) bulan terkini).
- Gambar premis pengeluaran berukuran 3R (gambar di bahagian hadapan, kiri, kanan dan belakang).
- Gambar-gambar produk perniagaan dan peralatan sedia ada.
- Surat pengesahan suntikan TVT typhoid bagi perniagaan berasaskan makanan.
- Borang bantuan barangan. (Sila muat turun pautan di bawah)