MAKLUMAT SKIM

Syarat Kelayakan Permohonan

i. Warganegara Malaysia

ii. Rakyat Negeri Selangor

iii. Bermaustautin dan menetap di Negeri Selangor (tidak kurang dari 5 tahun)

iv. Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun

v. Peminjam terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah

vi. Perlaksanaan dalam bentuk kumpulan (3 orang)

vii. Bersetuju menubuhkan kumpulan

viii. Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Syarat Pinjaman

i. Had pembiayaan minima RM 1,000 dan had maksima sehingga RM 5,000.

ii. Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)

iii. Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 4% – 8%.

Kaedah Perlaksanaan

i. Bakal pemohon bersetuju membentuk kumpulan terdiri daripada tiga (3) orang yang dikenali antara satu sama lain.

ii. Tinggal berjiran ATAU satu komuniti yang sama seperti satu taman, qariah atau kampung.

iii. Wajib menghadiri Kursus Asas Disiplin Kredit sebelum menerima pembiayaan.

iv. Bayaran balik pinjaman secara minggu ditempat dan masa yang telah ditetapkan.

Berminat? Hubungi kami sekarang, untuk menyemak sama ada anda layak di talian 03-5519 1692 (Bahagian khidmat professional) atau Klik di pautan berikut: https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6