Program HIJRAH SELANGOR menawarkan 2 skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR sebagai fasa permulaan

  • Skim 1: RM1,000 hingga RM5,000
  • Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000

Rekod bayaran balik pinjaman semasa merupakan asas utama pengukuran kedudukan seseorang peminjam. Bagi usahawan-usahawan yang telah menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan pada fasa permulaan, mereka akan ditawarkan skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang. Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang menawarkan pinjaman seperti berikut:

  • Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
  • Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)

SIMPANAN DAN PELABURAN
Berteraskan Pinjaman Asas Simpanan, setiap Usahawan HIJRAH SELANGOR yang membuat pinjaman diwajibkan menabung setiap minggu ke dalam skim ini.

Wang Simpanan mingguan ini, akan disimpan dalam Akaun Al-Mudharabah. Akaun ini merupakan satu konsep pelaburan am di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Simpanan ini kemudiannya akan dilaburkan ke dalam Koperasi Hijrah.

Bayaran simpanan adalah sebanyak 0.25% seminggu. (Jumlah kadar ini telah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan)Jumlah simpanan bersama keuntungan pelaburan boleh dikeluarkan setelah berhenti menjadi Usahawan HIJRAH SELANGOR.

KAEDAH BAYARAN BALIK
Kutipan bayaran balik pinjaman bersama dengan simpanan dijalankan secara mingguan oleh Pegawai HIJRAH SELANGOR di tempat perniagaan.

BAYARAN PERKHIDMATAN
Bayaran perkhidmatan 8% setahun atas jumlah pinjaman dikenakan bagi membiayai kos pengurusan pelaksanaan program dan perkhidmatan profesional. (Jumlah kadar ini telah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan)

INSURAN TAKAFUL
Bayaran perlindungan pinjaman melalui Pelan Takaful Pinjaman, akan dikenakan sebaik saja wang pinjaman dikeluarkan. Bayaran ini perlu dibayar oleh peminjam sebelum Penyerahan Baucer Pinjaman.